Dokumen Pengesahan KYC
Semakan KYC , atau "Know Your Customer" adalah bahagian penting untuk operasi sesebuah kasino online, termasuklah kasino mudah alih kerana ia mengesahkan siapakah individu itu, bagi memastikan tidak ada sebarang aktiviti yang dilarang serta semua pihak yang terlibat dapat bermain dengan selamat.
Apa itu KYC
Semakan KYC atau Know Your Customer, adalah siri pemeriksaan yang dilakukan oleh sesebuah syarikat bagi memastikan mereka beroperasi dengan selamat. Semakan ini direka untuk mengesahkan siapakah pelanggan mereka, sumber dana yang digunakan untuk bermain dan juga sebarang maklumat relevan tentang mereka, yang berkaitan dengan operasi kasino tersebut.
Semakan KYC adalah bahagian mandatori untuk operasi kasino di dalam banyak kawasan perundangan dan bertujuan untuk menghalang perjudian bawah umur, jenayah kewangan, dan pengubahan wang haram.
Sebab KYC Dilaksanakan
Apabila sesebuah kasino menerima seseorang pelanggan baru, atau apabila kasino tersebut diwajibkan oleh undang-undang, mereka perlu mengendalikan pemeriksaan terhadap individu tersebut.
Ini memastikan wang yang digunakan untuk bermain datang daripada sumber yang sah, individu yang bermain itu tidak mempunyai rekod jenayah dan juga untuk memastikan individu tersebut sama seperti apa yang mereka nyatakan.
Pada kebiasaannya, semakan ini diwajibkan oleh undang-undang, tetapi mana-mana kasino online yang sah dan terbaik akan memastikan mereka menjalankan semakan ini agar sentiasa berwaspada dengan risiko yang ditanggung.
Melengkapkan KYC
Proses KYC mungkin berbeza untuk setiap operator. Namun, pada kebiasaannya, anda perlu membekalkan beberapa dokumen kepada pihak kasino, termasuklah:
- Salinan kad pengenalan anda, pasport atau lesen memandu;
- Bil utiliti semasa yang tertera nama anda;
- Foto anda sedang memegang dokumen;
- Dokumen yang dapat membuktikan sumber dana anda, contohnya penyata gaji;
- Bukti pembayaran, contohnya kad kredit anda.
Ini bukanlah senarai muktamad untuk dokumen dan sesebuah kasino boleh meminta lebih banyak maklumat daripada anda jika anda mempunyai soalan lanjut.
Dokumen Yang Diterima Untuk KYC
Dokumen yang dapat mengenalpasti diri anda dan daripada institusi kerajaan atau daripada syarikat yang diterima, seperti pembekal elektrik dan penyedia internet. Dokumen tersebut perlu terkini dan rasmi. Sebagai contoh, anda tidak boleh hanya memberi nombor dokumen anda, sebaliknya anda perlu menghantar salinan keseluruhan dokumen, tanpa menyembunyikan sebarang maklumat penting.
Menghantar Dokumen KYC
Anda perlu memastikan keseluruhan dokumen yang diimbas atau gambar dihantar adalah jelas. Sekiranya diperlukan, Bahagian penjuru imbasan atau gambar dokumen tersebut perlu jelas kelihatan termasuklah bahagian depan dan belakang.
Ini sangat penting kerana jika salinan gambar dokumen anda tidak jelas, pihak kasino akan meminta anda menghantar semula dan seterusnya melambatkan proses pengesahan anda.
Anda juga boleh memotong atau menghitamkan maklumat jika tidak diperlukan. Sebagai contoh, jika anda perlu menyediakan nombor kad kredit anda kepada pihak kasino, kebanyakan kasino online di Eropah hanya akan meminta 3 digit pertama dan 4 digit terakhir. Maklumat itu sahaja sudah cukup untuk mereka mengesahkan kad tersebut sah tanpa maklumat lanjut.
Kasino online untuk pemain di Malaysia biasanya akan meminta salinan kad pengenalan sama ada semasa pendaftaran atau selepas anda membuat permintaan pengeluaran dan memilih kaedah pembayaran.
Punca Pendapatan & Sumber Dana
Pemeriksaan Punca Pendapatan dan Sumber Dana dilakukan untuk memeriksa sama ada wang anda disahkan. Walaupun kedua-duanya seakan sama, setiap satunya memerlukan dokumen yang berbeza.
Secara mudahnya, semakan sumber dana dilakukan untuk mengesahkan sumber wang anda datang daripada tempat yang sah (contohnya bank akaun dibawah nama anda), dan punca pendapatan pula adalah untuk mengesahkan anda bermain di dalam lingkungan kemampuan anda. Dokumen yang biasanya diperlukan untuk tujuan ini adalah slip pendapatan anda.
Penerangan PEP
PEP adalah Politically Exposed Person (Individu yang terdedah secara politik) - individu ini mewakili satu risiko kepada kasino jika dibenarkan bermain. Sebagai contoh, jika seseorang itu memegang jawatan utama dalam kerajaan, terdapat kemungkinan, dia mungkin terdedah kepada risiko rasuah dan mungkin menggunakan kasino untuk mengubah wang haram tersebut.
Pihak kasino seringkali tidak akan membenarkan akaun individu yang ingin mendaftar tersebut sama ada PEP atau mereka yang berkait rapat dengan individu tersebut dalam kapasiti tertentu.
Keperluan KYC di Peringkat Antarabangsa
Setiap negara memiliki lesen yang berbeza. Oleh itu setiap badan perlesenan akan memerlukan semakan KYC yang berbeza. Sebagai contoh, di Malta, di bawah MGA anda perlu menghantar dokumen untuk pengesahan sekiranya anda membuat deposit atau mengeluarkan $2000 daripada akaun anda.
Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan keperluan yang berbeza untuk setiap bidang kuasa, pastikan anda menyemak peraturan perjudian di kawasan anda – sesetengah bidang kuasa memerlukan KYC serta-merta.
Keperluan KYC di Malaysia
Banyak negara di Asia dikawal selia oleh pihak MGA atau lembaga perlesenan Curacao. Sebagai contoh, pemain yang berpusat di India dan Thailand akan diminta menghantar maklumat KYC mereka ketika melebihi threshold €2K. Bagi pemain di negara Asia yang lain, termasuk Malaysia perlu memberikan butiran tersebut ketika melakukan pengeluaran pertama.
Jika anda membuat deposit dalam jumlah yang besar di mana-mana kasino MGA, anda akan diminta menghantar dokumen punca pendapatan pada peringkat tertentu.
KYC Untuk Program VIP
Jika anda mempunyai sasaran untuk menyertai program VIP di sesebuah kasino, kemungkinan besar anda akan tertakluk kepada semakan KYC. Ini kerana sudah semestinya anda telah melepasi syarat minimum semakan kasino tersebut. Selain itu semakan sumber dana dan punca pendapatan juga penting untuk memastikan tidak ada unsur mencurigakan.
Ia juga bertujuan untuk memastikan tahap permainan VIP anda dikendalikan dalam keadaan selamat untuk anda dan juga kasino tersebut.
FAQ Untuk KYC
Adakah selamat untuk melengkapkan semakan KYC ?
Melengkapkan semakan KYC adalah selamat sepenuhnya – kasino tersebut diwajibkan oleh undang-undang untuk mengendalikan semua data sensitif anda, termasuklah dokumen peribadi dan maklumat kewangan, dengan penuh bijaksana. Maklumat anda akan disimpan di dalam sistem penyulitan yang selamat untuk disemak seterusnya akan dihapuskan selepas pengesahan atau disimpan dengan selamat berkenaan maklumat akaun anda di dalam cara di mana tiada siapa yang boleh mengaksesnya. Maklumat anda tidak akan disalahguna oleh pihak kasino dan hanya dihantar kepada mereka untuk menjalankan semakan yang diperlukan.
Apa yang akan berlaku jika saya gagal dalam semakan KYC?
Sekiranya anda tidak memenuhi syarat untuk semakan KYC, jangan panik. Ia mungkin kerana kesilapan kecil yang boleh diperbetulkan. Pastikan anda menyemak parameter ini sebelum anda menghubungi kasino online di Malaysia atau mana-mana operator di seluruh dunia untuk menyemak permohonan anda: Pastikan dokumen anda jelas; Semak untuk memastikan anda telah memberi semua dokumen yang diperlukan; Pastikan anda memenuhi keperluan undang-undang yang diminta oleh kasino tersebut.
Apakah maksud pengesahan KYC di kasino online?
KYC , atau semakan Know Your Customer, adalah siri pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak kasino untuk memastikan mereka beroperasi dengan selamat.